Anime Download

animeEDEN, Enough Anime And Manga To Make Your Mouth Water!
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, December 10, 2009

Aku wat kejer yang aku tak yakin dapat selesaikan

hari ni hari khamis...aku dok membelek2 pages dalam facebook dan aku terfikir nak cari balik kawan2 aku masa sekolah rendah dulu..Aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai dari darjah satu sampai la enam.

Boleh kata aku selah habis semua facebook sampai facebook bagi warning kat aku...kata aku menganggu privasi orang lain...salah ker aku mencari kawan2 aku masa aku kecik dulu...pergghhhh susah jugak kalo dekat dengan 10 tahun tak jumpa nih...muka pun aku tak pasti dah macam mana sorang2..sebab tu aku antar msg tanya diorang pernah sekolah kat TG dawai ker tak...

Tapi aku tak give up lagi...esok masih ada...kena wat sikit2 la nanti facebook block aku tak best la plaks...hehehhehe kepada sesiapa yang sekolah kat TG dawai dulu add la aku dalam facebook...Frause D Ginrai...tak kenal...? Mohd Fareidzal Bin Suaid...tak kenal jugak...Din...tak kenal jugak aku la kawan hangpa satu2nya anak polis time tu kat tanjung dawai....aku tak tau nak bagi clue macam mana lagi dah....

Teringat dulu lagi masa main tikam2...gasing...guli...polis senteri...zeropoint...lubang tikus....Icecreamsoda...weh takkan aku tak leh nak cari hangpa weh...kesian kat aku....aku rasa macam nak p ghumah hangpa kat tg dawai jer...tapi aku pun ingat2 lupa laks umah hangpa....aduih....macam mana nak cari erk....?


Read More

Monday, November 30, 2009

Hari Raya haji

Selamat menyambut Raya Aidil Adha kepada umat islam yang membaca blog dari aku ini. Dan seperti biasa akan daku cerita la apa yang berlaku pada aku dan sahabat pada Raya Haji yang lepas.

Takda apa yang berlaku, best dak...? hahahah tak tau nak wat apa. Raya Haji nih bukan macam Raya Aidilfitri la. Dok kat umah bosan takda sapa kengkawan datang melawat diriku. jadi kena la aku keluar mencari kengkawan walaupun di mana mereka berada.

bagi aku tahun nih raya haji paling best pasal leh p umah along. Aku tak kenal pun along tu sapa. Kawan dengan lan. heheheh kenapa best raya umah along....? pasal along tu perempuan..sporting, sebab tu aku suka. bagi aku rasanya susah giler nak cari perempuan yang sporting macam along. raya tahun depan g lagi dengan harapan


Read More

Thursday, October 29, 2009

Rasa macam nak menulis sebuah buku

Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku rasa terdorong untuk menulis sebuah buku, tajuknya aku tak tahu, tapi perasaan tu begitu mendalam betul. Setiap kali aku keluar dengan kawan-kawan aku, macam-macam cerita yang aku dengar [aku seorang pendengar yang setia] jadi tak hairan la kalau cerita-cerita yang diberitahu oleh kawan-kawan aku menyebabkan aku lebih bersemangat.

Gamaknya mungkin aku tulis motivasi, boleh jugak tolong orang yang memang selalu down dengan perasaan sendiri. Tapi masalahnya rakyat Malaysia kurang meminati membaca buku. Tapi ada aku kesah..? Itu masalah diorang sendiri tak nak membaca, tidak dapat di elak lagi. Ada sesiapa ada cadangan tajuk buku aku...?


Read More

Thursday, October 15, 2009

Why Me...a.k.a Kenapa Aku...?

Soalan yang menarik yang aku rasa yang aku nak tulis memandangkan time rehat nih. Pakcik jual kueh pun tak sampai lagi. So nak buang masa daku aku taip jer.

Kenapa aku.....? kenapa selalu aku...aku tak tahu persoalan nih habis ke tidak...kenapa selalu aku yang kena mulakan sesuatu..kenapa aku yang yang kena hantar message dulu dan kenapa jugak aku perlu menanti message dari dia....?

i talked my way out of it but by all mean, bila orang lain kata kat aku pun aku tak dengar takkan aku nak dengar cakap diri aku sendiri...? Logik...? Kenapa aku perlu cari seseorang yang boleh takluk hati aku...? Kenapa aku tanya soalan yang tak tentu ada orang jawap...? Kenapa aku yang kena bagi kat orang...? Kenapa orang tak pernah tahu apa isi hati aku...? Adakah hati aku ini kubu kebal yang tak dapat ditembusi...? Kenapa aku pulak kena buka pintu hatiku....? Kunci bukannya ada padaku...? Kunci ada pada orang lainyang tak pernah aku jumpa lagi. Sedih...? Mestilah aku sedih, dah nak masuk 25 tahun aku hidup, makin tua, dan kawan2 aku semakin kehilangan.

Bukan diorang hilang atau lari just semua dah berkeluarga, aku sahaja yang masih tercari seseorang yang boleh menyempurnakan diri aku...Aku tahu Allah S.W.T telah menjadikan manusia berpasangan...Dan Teori aku... kita kena cari seseorang yang menyempurnakan diri kita...Bahagia...? Kenapa aku kena cari kebahagian...? Aku insan yang masih lagi sesat dalam Hutan dunia ini...Di mana tempat nak aku singkap semua ini...? Soalan yang paling best dalam hidup aku...Aku rasa aku kena wat sesuatu...sesuatu yang bakal mengubah hidup aku...Aku tahu tempatnya tapi kenapa aku masih takut...? Kenapa aku...kenapa aku...kenapa aku.......??


Read More

Wednesday, October 14, 2009

Amaran

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan...... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah
tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Ps : Macam2 cara sekarang diorang gunakan kerana terdesak..so bahaya tul la bagi aku cara nih...tak terpasal nanti kena langgar dengan kereta sendiri dan kereta yang tak habis bayar pun lesap. Aku syorkan la sebelum naik keta tu tgk dulu apa yang ada kat cermin kereta ker hapa ker, or macam yang artikel nih kata la. Kereta tu bukan murah nak dibeli, nak bayar pun kira salah satu azab la jugak, tak kira dengan make up, tune up, ker hapa ker. semak jugak jiwa aku kalo macam nih berlaku. Manusia dah semakin terdesak dengan tekanan hidup, tekanan wang, tekanan masyarakat. So salah sapa....?


Read More

Thursday, September 3, 2009

ARTIKEL : H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Hishamuddin Rais Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

P/S: Aktikel nih baru aku terbaca hari nih...tapi masalah nih dah aku sembang dengan seorang uncle yang bawak lori kat tempat aku kejer nih...dah mmg sebejik apa yang dia kata ada dalam artikel nih...kira dia sembang dengan aku time tu kira wabak H1N1 nih baru nak melular kat Malaysia nih...Tak la baru sangat pun dalam 20 kematian kalo tak silap aku...so...uncle tu umur dalam 60 bley pikir benda sampai tahap macam tu....inikan pula kita orang muda....slalu la menjadi pendengar yang baik dari tak reti nak luangkan telinga untuk dengar masalah..


Read More

Monday, August 17, 2009

Ketagih Main Game PS2 Shin Megami Tensei: Persona 4

Image Hosted by ImageShack.us

Start dari minggu lepas, Aku dah takda peruntukan nak meronda di sekeliling Pulau Pinang ini, tengok wayang apatah lagi. [tapi hari khamis 17/08/2009, dengan tak kena mengena Wan Mohd Akmal mengajak g tgk wayang, dia blanje takpe, hehehehehe] Anyway berbalik pada citer asal, tak tahu kenapa aku terasa nak main game Shin Megami Tensei: Persona 4, padahal game nih aku dah habis main dah pun tapi tak habis sepenuhnya.

Memang tahap cipan la aku main game nih kat umah. Hari Jumaat malam sabtu aku main dari kul 11.30, berbekalkan rokok daun dari ayah aku [dia tinggal atas meja], air sunquick yang dibancuh tanpa gula [bagi masam baru celik mata] rokok Mild Seven aku, Ne Nek dan Puteri Arora [nama kucing aku] aku meneruskan bermain sampai kul 6.00 pagi tu pun tak ngantuk lagi pun, pasal kesian kat Tv jer aku berenti tu. kalo diikutkan hati mau jer aku main sampai tengahari tanpa henti.

Bangun jer dari tidur aku rasakan kepala aku macam ada batu. gila punya sakit. uhuhuhuhuh, mak aku pun bising la jugak "Main game sampai tak ingat dunia" gila punya best kena sound engan mak aku. hehehehe nak wat macam mana, aku nak habiskan misi men game nih btul2. aku tak kira biarpun makan masa sampi 1 bulan, akan aku teruskan jugak. Direkemen sepenuhnya kalo nak main game nih, tapi kena sabar la nak main, jiwa jugak nak main game nih...

And by the way, selamat menjalankan ibadah puasa, Salam Ramadhan





Read More

Monday, August 10, 2009

Toy Museum [Tika Lan Kaya]

Semalam dekat dengan jam 5.30 aku dengan Lan tak tau nak g mana la hari minggu. Dan dengan tetiba dalam otak lan dan aku menyatakan benda yang sama...."Melawat Toy Museum pun Best jugak nih seh"

hahahahah...jadi dengan tak semena2 aku dan lan nak bertolak ker toy museum dari rumah lan. tapi lan bagi cadangan "Ajak is syiok nih, bila lagi aku nak kaya macam nih." Selesai g amek is apa semua baru kami bertolak ker toy museum. Nek Feri tu. Semasa bertolak mak lan stail bekalkan makanan untuk kami, atas feri apa lagi. Mencekik la kejernya.

"kita macam nak pi berjalan jauh tu" lan bersuara menyebabkan suasana riuh dalam keta aku.

"Ate teman orang perak, jauh la teman berjalan hari nih yer" aku menyampuk.

Sebenarnya kami nak test GPS hp terbaru lan nih berfungsi ker tidak... Tapi malangnya mmg tak bley langsung try GPS dia masa kat area penang. Kecewa. Is dengan yakinnya menyatakan dia tahu kat mana Toy Museum tu. Jadi kami berpandu kepada arah is jer nak ke sana.

Tahu la konon is tu jalan nak g Toy Museum tu...dah naik jalan nak g batu feringghi pun dia kata macam ni. "aku berat hati kata tak lepas lagi nih Toy Museum" Ikut jalan is tu mmg sampai dah Batu feringghi tu. Aku kol la Ajin tanya dia kat mana toy museum tu..Nasib bek la orang tua nih pernah p.

hahahahahahah...kami sampai pun toy museum tu nak dekat nak tutup dah. tapi dengan kecekapan en lan berbicara menyebabkan uncle tu sanggup tunggu kami lawat masuk dulu.....semak ah.....

nih antara gambar2 yang aku belek2 elok untuk dimasukan dalam blog nih.....




Hahahaha aku dengan Lara Croff..sempoi gila dia punya patung...posing ganaz tu...




kalo kena tembak dengan ko pun aku tak kisah dah nih....





Is nak lawan moi thai dengan kungfu panda nih [leh menang ker...?]





"joe, joe...tangkap gambar aku dengan shrek nih muka kami sama"




"aku tak takut superman pasal Iron man membe aku" lan




Apa yang hang tak puas hati nih hah....?





predator dengan lan....[kawan ker]



Kami dah nak balik dah nih....

hahahahahhahahaha pusing 2 kali tu...masuk RM 10.00 abang lan bayar....kaya2



Gambar paling pervert la yang pernah aku amek setakat nih...gila ah aku nih


Read More

Tuesday, June 30, 2009

Minggu Yang Hening Membisu

hari Jumaat yang lalu aku pergi ke Selangor untuk mendaftar adik aku yang bongsu ke UPM. Memang susah gila kalau tak tahu jalan nak ke UPM sana. Aku pun terasa semak kepala otak jugak la nak mencari. Berbekalkan semangat yang membara dan mak ayah aku, aku teruskan juga perjalanan. Hari jumaat tu singgah dulu rumah maksu aku kat Tapah Road untuk berehat seketika.

Sebenarnya ramai kengkawan yang ajak aku pergi tengok transformers hanri minggu tu. Tapi nak wat macam mana, aku terpaksa menolaknya kerana kesibukan. Aku takut nanti kawan aku yang sorang tu kata apa pulak. tak mau keluar dengan dia ker...? Hopely paham la kot. Bukan aku sengaja melarikan diri. ada benda yang lebih penting yang aku kena buat.


Read More

Thursday, June 25, 2009

Minggu Transformers Reavange Of The Fallen

Image Hosted by ImageShack.us


Gamaknya macam tu la rasanya hati ini. Dah berapa ramai ajak aku tengok Transformers, Revange Of The Fallen nih, tapi aku rasa macam tak mau tengok pun ada. Aku tak tau sebabnya. Mungkin kerana ramai sangat yang nak tengok kot. Masa Transformer still anime lagi, aku rasa tak ada siapa yang amek tahu tentang Transformers.

Sekarang dah jadi Filem, pakat semua nak tengok, siap pakai baju Transformers yang jual kat Petronas, stail aku rasa menyampah gila la tengok. Aku tak kata la salah korang, nih salah Micheal Bay kerana menggunakan populariti Transformers terhadap peminat2 fanatiknya. Hasilnya untung besar, mesti diorang nak wat lagi.

Tapi nak wat macam mana.... Sebab member2 nak tgk..uhhuuh kena la tgk jugak


Read More

Monday, June 15, 2009

Kalimah Cinta

Satu-satu lagu yang aku rasakan membuat aku terasa jiwang kembali. Aku tak tahu kenapa lagu ini akan menyebabkan aku mengambit kenangan silam aku. Kalo nak dengar lagu Kalimah Cinta nyanyian Amy Search ni, boleh dengar kat sini . Mungkin time cintaku ditolak oleh seorang gadis, lagu nih berkumandang di radio kot. Lirik lagu nih sememangnya cukup mendalam ertinya bagi seseorang yang seperti aku. Biarpun aku meminati lagu2 ke arah Metal, tapi sekali-sekala layan lagu jiwang nih takda salahnya. Takkan nak dengar satu genre lagu sahaja. Gamaknya kalo rasa sedap lagu nih leh la beli yang original...hehehehe


KALIMAH CINTA - AMY


Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan ku gentar
Kekurangan ku terbongkar

Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia yang ku cari
Awal dulu

Aku
Insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta

Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan

Ku
Rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus


Read More

Friday, June 12, 2009

Kamen Rider

Image Hosted by ImageShack.us

Ahhh...hero-hero kamen rider yang menjadi feberet aku. Kalo tak salah aku la Kamen Rider Kuuga nih start dalam tahun 2000 [tayang kat malaysia la] aku masih ingat lagi waktu itu pada hari Jumaat, Aku malas nak ke sekolah jadi aku releks kat rumah. Bosan tidur aku bangun dan menonton televisyen.

Stu rancangan menarik perhatianku, kedengaran lagu Jepun sedang dimainkan di televisyen [masa tu aku tengah masak Meggi] dan betapa terharunya aku TV2 menayangkan kamen rider. Seronok tak tersangka la diri ku. Tapi apakan daya, Kamen Rider Kuuga ditayang setiap hari Jumaat, takkan la aku nak ponteng sekolah semata-mata nak tengok kamen rider...? macam tak logik la.

Kerana perasaan gembira, aku ceritakan tentang Kamen Rider Kuuga di sekolah [time tu aku tingkatan 4], tapi aku ditertawakan oleh rakan sekelas, mengatakan aku nih budak2. Betapa hancurnya hatiku. Tiada siapa yang mahu berkongsi minat dengan aku. Terasa macam aku nih macam kanak-kanak lagi.

Aku buat tak peduli pasal kamen rider [bukan malu tapi takda duit nak beli VCD] masa sekolah, mana la aku nak mampu beli VCD. Selang beberapa tahun kemudian, aku berkenalan dengan seseorang yang berkongsi minat dengan aku tentang kamen rider. Nama beliau Amet. Aku dikenalkan semula Kamen Rider oleh Amet. time tu Kamen Rider Faiz.

Bagi aku memang aku paling minat Kamen Rider Faiz kerana merupakan revolusi Kamen Rider yang Henshin mengunakan Handphone. Masa Kamen Rider nih tak keluar kat televisyen, jadi kena beli DVD. Dan pada waktu itu jugak akun masih lagi bekerja di sebuah kilang pintu pagar di Sungai Rambai. Duit gaji pun gamaknya cukup-cukup nak makan sahaja. Mana mampu nak beli DVD. Maka aku selalu ke rumah Amet untuk menonton Kamen Rider Faiz.

Kemunculan Kamen Rider selapas Faiz kurang menarik perhatian aku untuk menonton.Jadi aku kurang amek tahu la sangat. Tapi Kamen Rider yang terbaru bernama Kamen Rider Decade, menarik perhatian aku untuk menontonya. Masih dalam status DOWNLOAD, tapi aku rasa tak sabar.

Dewasa ini [masa kejer dengan FAMA] aku mengenali sahabat2 yang meminati Kamen Rider. Ajin, Zack, Is, Mie, Sham, Anuar, Amet, Lan. Entah la. Lepas Kamen Rider Decade nih, pengeluaran citer Kamen Rider akan berehat selama 12 tahun. Jadi pada umur aku 37 baru ada Kamen Rider baru. Tunggu jer.......


Read More

Monday, June 8, 2009

Kenduri,Dan Tanjung Dawai

Pada hari ahad yang lepas [7/06/2009], Aku, Is dan Mie telah menghadirkan diri ke kenduri ghumah Shamsul di Taman Ria Jaya, Sungai Petani pada jam 4.00 petang. Kenduri tu merupakan kenduri adik perempuan Shamsul yang kejer arkitek [Cun Woooo].
Biarpun memang aku tak tau rumah Shamsul kat mana tapi kena la pergi jugak pasal dia dah ajak. Aku kenal Shamsul nih masa aku mula berkecimpung dalam bidang make up kereta wira aku nih. Masa tu dia kejer kat Brothers Banda PERDA. Sekarang dia dah ada kedai sendiri di kawasan Alma. Volume Three nama diberi. Sekarang dia dah jadi tokey kedai la. Gamaknya maju dari dulu masa dia kejer kat Brothers. Budak Shamsul nih aku respek dia pasal dia mengetahui dan pandai dalam pengubahsuaian kereta nih [kalo tak takkan la aku nak habis kat RM 5K kat kedai dia]

Lepas jer kenduri rumah Shamsul, aku, Is dan Mie berangkat ke kawasan Sungai Petani. Tapi disebabkan oleh kawasan Sungai Petani berlaku kesesakan lalu lintas [mungkin disebabkan cuti sekolah] aku beralih arah untuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Tapi apakan daya, kami tiba lambat di sana, Muzium pun dah tutup. Kami meneruskan perjalanan ke tempat aku membesar pada tahun 1987 - 1997 Tanjung Dawai. Terkenal kembali nostalgia silam ketika aku berada di sana. Menangkul ketam, menahan pukat, memancing, meronda dengan kengkawan, mandi laut dengan sepupu-sepupu aku, macam macam lagi la.

Kami berehat seketika di pekan Tg Dawai, shoping la apa yang patut kat sana. Is beli satay ikan, dengan keropok lekor. mie beli air tebu, air kelapa, buah potong. Aku...? beli sagon. Kemudian kami pergi ke Pantai Tg Dawai tuk makan. Ramai jugak keluarga yang datang untuk bersantai di tepi pantai. Banyak benda aku tgk berubah di kawasan ini. Tembok pantai yang selalu aku dan adik aku naik basikal atasnya pun dah tak ada.

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed, shot with K770i at 2009-06-07

Masa nih kami tengah makan keropok lekor sambil memerhatikan matahari terbenam. Is aku rasa dia ternampak seorang awek yang cantik kot. Mungkin kerana itu dia kurang memberi perhatian kepada kamera. Mie pulok sibuk nak makan keropok lekor

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed, shot with K770i at 2009-06-07

Masa nih awek tu dah blah, jadi Is kembali ke alam nyata bersama dengan sahabat2nya. Air kelapa yang dibeli masih lagi penuh di atas bonet kereta aku. uhuhuhuhuhuh Mie masih lagi bersungguh-sungguh makan keropok lekor.

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed at 2009-06-07

kelihatan matahari kian terbenam di lautan yang luas. Biarpun tak berapa clear gambarnya tapi aku suka gambar nih.

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed, shot with K770i at 2009-06-07

Seorang lelaki yang kacak diberi Nama Mohd Iskandar Bin Seberi.

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed, shot with K770i at 2009-06-07

Seorang lelaki yang masih lagi belum tahu hala tuju hidupnya. Masih kosong di minda dan hati. Tiada siapa boleh lagi memiliki hati. Hati yang kecewa dengan manusia bernama wanita yang memilih. Seorang yang hanya ingin mencari cinta sejati.


Read More

Tuesday, June 2, 2009

Letih Merantau

Pada hari ahad yang lepas [31/05/2009] aku telah diajak oleh sahabatku untuk menemaninya ke Kelantan pada jam 8.00 pagi [untuk makan kenduri]. Macam biasa la aku dengan penuh semangatnya bersiap sedia seawal jam 7.30 pagi. Namun apakan dayaku dari dulu lagi aku mengenali budak Amet nih. Mesti lambat punya, adalah masalah2 teknikal yang tak dapat dielak telah berlaku [alasan semata-mata].

Kali nih g kelantan nek kereta Toyota Avanza. Sakit tulang belakang aku naik kereta tu. Mungkin Kusyennya tak berapa nak selesa dengan badan aku kot. Semasa perjalanan ke rumah kenduri [Ramai jugak la yang pi Paksu, Pak Jang, Pak Ndak dan sekutu2 keluarga amet la, aku tak kenal sangat la] Konvoi kereta paling pelik pernah aku tgk selama ini.

Sebenarnya aku segan la jugak ikut Family orang berjalan nih, tapi oleh kerana atas permintaan seorang sahabat, tak dapat aku tolaknya. Kami tiba di rumah kenduri lebih kurang jam 3 petang. Aku dihulurkan RM 10.00 oleh ayah Amet berserta sampul. Memula pikir mau jer masuk trus dalam poket duit tu. Tapi setelah menggunakan otak aku berfikir wat apa la aku nak amek. Selesai makan kenduri aku dengan secara tidak langsung dilantik sebagai pemandu pelancong kerana aku orang Kelantan. Tugasku hanya membawa mereka pergi ke Pantai Cahaya Bulan [or what i prefer to call it Pantai Cinta Berahi]

Sebenarnya nak cari jalan ke Pantai Cinta Berahi tu pun aku dah sesat. Tapi dengan bakat yang ada pada diri aku berserta kemahiran yang ada, mampu jugak aku cari jalan yang nak ke Pantai Cinta Berahi. Kami bertolak pulang dari kelantan pada jam 6.00 petang. Bersama kami dalam kereta adalah Ya, Ien, pakcik, aku dan amet. Kami berenti makan dekat Bukit Bunga dan nasihat aku kepada kawan2ku jangan berenti makan kat sana. tak sedap langsung, air miloku tawar yang amat. semak ah.

Gamak2 aku rasa sampai kat area BKE tu dalam jam 12.00 tgh malam kot [aku lena lepas makan kat Bukit Bunga] Sempat juga aku menjamah Char Kueh Tiaw Kampung Pelet bersama amir. gamaknya aku sampai ghumah aku dalam 1.15 pagi. tak pula daku tidur, lalu aku layan citer House sampai kul 3 pagi.


Read More

Thursday, May 28, 2009

Kill Bill Vol 1

Image Hosted by ImageShack.us




Kill Bill Vol 1 merupakan arahan Quentin Tarantino. Para pelakonnya terdiri daripada Uma Thurman, Lucy Liu, Vivica A. Fox. Mengisahkan sebuah kumpulan pembunuh

yang diberi nama "Deadly Viper Assassination Squad" yang diangotai oleh 5 orang. Watak Uma Thurman dalam Kill Bill ini tidak dinamakan. Dari mula cerita hingga ke penghujung cerita, aku tidak mengetahui namanya. Cerita bermula ketika Uma Thurman yang ingin berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri disebuah gereja. Bill ketua a.k.a pemilik kepada "Deadly Viper Assassination Squad" mengarahkan supaya Uma Thurman dibunuh.

Uma Thurman ditembak dikepalanya oleh Bill dan telah koma di Hospital selama 4 tahun di sebuah hospital. Setelah sedar dari koma selepas di gigit oleh seekor nyamuk, Uma Thurman mula mengatur rancangan untuk membalas dendam.

Bagaimana Uma Thurman membalas dendam, siapakah yang akan dibunuh olehnya. Tontonlan sendiri erk.

Cerita ini kalo korang nak tonton, aku harap korang tonton la seorang diri ker atau dengan kawan2. cerita ganaz sangat pasal darah banyak sangat dalam cerita ini. Merupakan cerita feberet aku semasa dikenalkan oleh seorang sahabat. dan sejak dari hari tu aku mula meminati cerita2 yang membuatkan kita berfikir.


Revi


Read More

Tuesday, May 26, 2009

The Curious Case of Benjamin Button

http://www.shockya.com/news/wp-content/uploads/curious_case_of_benjamin_button_baby_poster.jpg

Amaran keras : Spoiler...

The Curious Case of Benjamin Button merupakan cerita arahan David Fincher lakonan Brad Pitt dan Cate Blanchett.

Mengisahkan tentang seorang bayi yang dilahirkan secara tidak normal berbanding dengan bayi yang lain. Benjamin dilahirkan sebagai bayi tua dan semakin lama Benjamin semakin muda berbanding dengan Daisy [Cate Blanchett]. Benjamin dijaga oleh Queenie seorang kulit putih yang bertugas di rumah orang tu.

Kehidupan Benjamin tidak seperti kanak-kanak biasa kerana dia tak boleh bergerak bebas kerana sudah tua. Benjamin meneruskan hidup, menjadi kelasi kapal dan bertugas sebagai penyelamat tentera semasa Pearl Parbour diletupkan oleh tentera Jepun. Pulang ke rumahnya di Rumah Orang Tua New Orlands. Queenie terkejut menlihat Benjamin semakin muda.

Benjamin bertemu dengan ayahnya [Thomas Buttons] yang sebenar sebelum dia ditinggalkan di Rumah Orang Tua New Orlands dan ayahnya telah meninggalkan segala hartanya kepada Benjamin.

30 tahun kemudian Benjamin bertemu semula dengan Daisy setelah Daisy dilanggar oleh kereta. Benjamin menjual segala harta yang ditinggalkan oleh ayahnya dan tinggal dengan Daisy. Semakin hari Daisy bertambah tua manakala Benjamin pula semakin muda.

Kemuncak cerita ini bermula apabila Daisy mengandung anak Benjamin. Benjamin bertanyakan kepada Daisy sanggupkah Daisy menjaga 2 orang kanak bila kala Benjamin semakin muda dan anaknya semakin tua. Dan adakah anaknya akan mengenali Benjamin. Layakkah Benjamin menjadi ayah....?

Nak tahu kisah selanjutnya tontoni la The Curious Case Of Benjamin Buttons


Read More

Monday, May 25, 2009

Di Sekitar Majlis Kenduri Sham-Miza

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed at 2009-05-24

Pada tanggal 23/05/2009 berlangsunglah majlis kenduri kahwin sahabat aku, Shahrin Hisham bin Ahmad dengan pilihan hatinya Nurkhamiza Bte Fazil. Tema baju untuk rumah miza kaler ungu. Sebenarnya aku kurang senang dengan bersanding nih tapi nak wat macam mana, orang tua suruh diorang wat la jugak majlis bersanding nih. Sempat jugak aku wat renjisan air bunga mawar dan tabur beras [stail aku bukan pernah wat pun selama ini]



Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed at 2009-05-24

Sejuk hati tengok pasangan nih.[sepadan dan sejoli gamaknya] masih aku ingat lagi pada pertemuan pertama Sham dan Miza nih. Masa tu raya tahun 2007 aku bawak Sham ke rumah Miza bersama-sama dengan Lan, Mie dan Is. Nak dijadikan nama cinta pandang pertama time tu la Sham suka sangat kat Miza. Di mintak nombor handphone miza dari aku pada bizday aku. Last2 kawen jugak 2 orang nih. Apa pun aku ucap tahniah la....

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed at 2009-05-24

Ramai la jugak kengkawan Miza yang datang masa kenduri dia nih. ada la jugak yang aku kenal dan ada jugak yang mengenali aku tapi wat tak kenal kat aku. nak wat macam mana kita nih low profile. Tak amek peduli la kalo wat tak kenal kat aku pun. [huhuuhuhuhu ketawa seorang diri]

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed at 2009-05-24

Gambar ini menunjukan Sham sedang di make up oleh Tasha. Peot kat belakang tu nak ke bilik air namun sempat pula berposing. Pengantin lelaki make up tak lama. 15 minit tak sampai. Tapi nak tunggu pengantin perempuan make up, aku tak tau nak kata la sampai kematu punggung aku nih tunggu. oh lupa lak, Ghumah Sham tema kaler Hijau.

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed at 2009-05-24

gambar Hakim dan Mak Langnya. Biarpun penat namun Mak Lang a.k.a Miza layan la jugak budak Hakim yang buas ini. Gambar nih dalam kul 5 petang aku tangkap masa dalam bilik Sham. Aku dah naik letih tunggu kat luar, sempat baring dalam bilik sham.

Image Hosted by ImageShack.us
By x10ed at 2009-05-24

Antara banyak2 gambar yang aku tangkap, gambar nih yang paling aku suka, tak tau kenapa. kalo cermin tu clear skit lagi cantik la. Sekarang dah kurang lagi seorang ahli Kelab Jiwa Luka. Kena cari ahli baru nih.

P/S: Lepas nih sapa pulak erk....?


Read More

Thursday, May 21, 2009

Bernafas Dalam Hampa

Suatu hari sekitar jam dua siang, tiba-tiba datang seorang perempuan muda sekitar usia 30 tahun, datang ke rumah Amalia. Dari email yang saya terima awalnya dirinya mengaku seorang mahasiswi. Setelah berkenalan akhirnya dia mengaku bukan mahasiswi namun seorang ibu rumah tangga. Setelah ditanyakan apa maksud kedatangannya, dengan terbata-bata dan berlinangan air mata ia mengatakan bahwa hampir saja ia bunuh diri. 'saya bagai bernapas diruang hampa..mas' tuturnya.

Menurut penuturannya, pagi itu dirinya sedang kusut fikiran dan saking kalutnya ia bermaksud bunuh diri Pada saat itu aliran listrik di lingkungan tempat tinggalnya sedang mati, dan ketika baygon sudah dituang ke gelas, ketika sedang dipegang untuk diminum, tiba-tiba listrik menyala dan televisi langsung berbunyi. Seperti diatur sutradara, suara di ternyata berisi siaran pengajian dari seorang ustadz dalam ceramahnya menyebutkan dosanya orang bunuh diri.

Katanya, dirinya menjadi tersentak kaget dan langsung timbul kengerian serta takut melihat gelas yang sudah dituangi baygon. Secara reflek dirinya itu kemudian lari keluar rumah tanpa ingat mengunci pintu dan langsung naik metro mini yang kebetulan sedang berhenti, juga tanpa mengetahui entah mau ke mana. Tanpa disadarinya kendaraan itu menuju ke arah ciledug. Maka diniatkan untuk mampir ke Rumah Amalia.

Dari penuturannya dapat disimpulkan bahwa problem kejiwaan sang ibu merupakan problem perkawinan, problem hubungan interpersonal suami dan isteri. Mereka telah menempuh bahtera rumah tangga selama delapan tahun, belum dikaruniai keturunan. Ekonomi rumah tangga mereka relatif tercukupi, terbukti bahwa mereka telah memiliki rumah yang layak huni, suaminya bekerja di perusahaan swasta dengan gaji yang mencukupi. Isterinya, meskipun pernah mengecap pendidikan tinggi sampai sarjana muda tetapi tidak bekerja. Praktis setiap hari kerja, isterinya hanya tinggal sendirian, sementara suami pulang kerja sekitar jam enam-tujuh sore.

Barangkali pasangan suami isteri itu sudah sangat merindukan keturunan, tetapi diantara mereka tak pernah secara serius membicarakan problem itu. Sang isteri adalah tipe perempuan yang sangat setia dan percaya kepada suami. Menurut ceriteranya selama delapan tahun hidup sebagai suami isteri tidak pernah cekcok. Sang isteri meski harus selalu sendirian di rumah setiap hari pada jam-jam kerja suaminya, tetapi kepercayaan dan kesetiaannya kepada suami membuatnya tetap tenang. Rasa percaya diri dan ketenangan isteri antara lain diperkuat oleh sejarah masa lalu, ialah bahwa sang suami adalah mahasiswa yang dahulu kost di rumah orang tuanya, dan ketika kiriman biaya kuliah terputus dari kampungnya di luar Jawa, orang tua sang ibu itu kemudian menolong membiayai kuliahnya sampai selesai dan akhirnya diambil menantu.

Tanpa ada tanda-tanda mencurigakan, tiba-tiba suaminya menjadi acuh, dan sering tidak menyentuh kopi dan makanan yang disediakan oleh isteri yang setia itu. Ia berusaha mencari tahu problem apa yang sedang mengganggu suaminya, samar-samar terdengar berita bahwa suaminya pacaran dengan perempuan lain sekerja di kantor. Tetapi setiap ditanyakan, suaminya diam membisu, semakin ditanya semakin membisu. Sang isteri sebagai orang yang selalu berfikir positif tentang suaminya, masih belum percaya bahwa suaminya ada main dengan perempuan lain, tapi didiamkan oleh suami selama seminggu merupakan beban yang sangat berat, apa lagi di rumahnya yang cukup besar itu memang tidak ada orang lain yang bisa diajak bicara.

Ketika kebisuan suami mencapai hari yang ke lima belas, kekalutan fikiran itu tak tertanggungkan. Ia tidak tahu harus apa, karena selama ini hatinya tertumpah seluruhnya untuk suaminya. Di diamkan suami adalah kiamat baginya. Kekalutan fikiran dan perasaannya membuatnya lupa siapa dirinya dan untuk apa ia hidup. Dunia terasa gelap, dan kaki tak bisa lagi menginjak bumi. Pada hari ke lima belas itulah, ketika jiwanya tak mampu lagi menanggung derita didiamkan, ia mengambil keputusan untuk menyudahi problemnya dengan meminum baygon. Untunglah suara televisi yang tiba-tiba terdengar setelah listrik di rumah menyala mengembalikan kesadarannya, dan menyelamatkannya dari mati sia-sia.

Dari penuturan yang disampaikannya itu sambil terisak-isak menangis tetapi lancar, nampak jelas bahwa penyebab kekalutan fikiran itu lebih banyak disebabkan oleh kapasitas jiwanya yang sempit untuk menampung derita. Ia termasuk tipe perempuan yang lugu, halus perasaannya dan tak pernah berfikir negatif pada suaminya. Baginya suami adalah segalanya yang tak mungkin melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Jika samar-samar mendengar issu minor tentang suaminya, ia lebih dahulu menepis dengan berkata dalam hati bahwa issu itu pasti tak benar. Baginya kepulangan suami, teguran sapa suami sudah merupakan bukti bahwa issu dari luar itu tidak benar. Ia lebih percaya kepada suami dibanding kepada orang lain. Ia hanya mendengar kata-kata suami dan menutup rapat kedua telinganya dari kata-kata orang lain. Hal itulah yang menyebabkan bahtera rumah tangga berjalan aman selama delapan tahun meski belum dikaruniai seorang anak.

Oleh karena itu ketika suaminya mulai cuek kepadanya, ia merasa tertekan karena ia tidak memiliki jendela lain untuk berkomunikasi. Pusat perhatiannya dalam menghadapi kecuekan suaminya hanya satu, yaitu menunggu kapan kekakuan itu mencair. Ketika kecuekan suaminya meningkat menjadi membisu, perasaan tertekan itu menjadi semakin dalam, seperti balon yang selalu ditiup, menunggu meledak. Pada hari ke lima belas dari membisunya suami itulah "balon" jiwanya meledak, mencari penyelesaian dengan cara bunuh diri. Ia tidak menemukan jalan lain selain bunuh diri, karena jiwanya tidak mempunyai jendela, tidak mempunyai ventilasi, karena salurannya hanya satu yaitu kepada suami tercinta.

Jika saluran satu-satunya itu rapat, maka hanya ada satu jalan keluar, yaitu meledak. Untunglah suara televisi yang tiba-tiba berbunyi 'menyelamatkannya. ' Melihat tipologi kejiwaan wanita itu maka saya menanyakan kembali sudah berapa lama suami mendiamkannya. Dengan sangat antusias ia menyebut angka lima belas, seakan angka lima belas itu adalah jumlah yang sangat besar. Mengapa angka lima belas itu dipandang sebagai jumlah yang sangat besar adalah karena dirinya itu tidak memiliki bandingan angka lain.

Saya berusaha untuk mengubah cara pandangnya itu tentang ukuran besar dan kecil. Saya mengatakan bahwa lima belas hari itu waktu yang sangat pendek, sebab ada orang lain yang didiamkan suaminya sampai tiga bulan, dan setelah dilewati dengan sabar akhirnya keadaan pulih kembali seperti sedia kala. Saya mengatakan padanya agar sabar menanggung perasaan itu sampai tiga bulan, Insya Alloh nanti jalan ke luar akan datang dengan sendirinya.

Rupanya, angka tiga bulan itu kemudian menjadi angin yang meniupkan harapan baginya, sehingga setelah pertemuan hari itu, ia sering melaporkan perkembangan hubungannya dengan suaminya kepada saya melalui surat. Ia selalu menghitung hari-hari yang dilewatinya, dan dengan cemas menunggu habisnya waktu tiga bulan itu. Saya tahu bahwa tidak ada jaminan setelah tiga bulan itu kebisuan suaminya akan mencair, tetapi kurun waktu itu sekurang-kurangnya memberikan peluang kepada perempuan itu untuk melihat dunia lain, bahwa dalam hidup itu banyak kemungkinan, ada pertemuan, ada perpisahan, ada pertemuan kembali, ada juga pertemuan dengan yang baru dan sebagainya, dan bahwa kesemuanya itu mengandung hikmah asal bisa memetiknya. Ia harus bisa melihat bahwa hidup itu bukan hitam putih, tetapi berwarna-warni.

Rumah tangga pasangan itu akhirnya tidak dapat diselamatkan, tetapi diri sang ibu itu dapat menerima kenyataan. Setelah ia berpindah kota dan telah berkeluarga kembali. 'alhamdulillah, sekarang saya menjadi lebih baik Mas Agus syafii. Saya lebih bisa mendekatkan diri saya kepada Alloh SWT dan akhirnya saya menemukan laki2 yang sholeh.' tuturnya dalam email. 'Dan saya telah memiliki satu putri yang cantik. Kami keluarga bahagia.'
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Tuesday, May 19, 2009

Sikap Jujur

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
dan jadilah kalian bersama orang-orang yang benar (jujur)" At-Taubah: 1 19

Ayat tersebut memerintahkan kepada orang-orang beriman agar sentiasa bertakwa kepada Allah,
dan berlaku jujur bersama-sama dengan orang-orang yang jujur. Sikap jujur merupakan sifat
terpuji yang wajib menjadi hiasan bagi setiap peribadi muslim. Kejujuran merupakan senjata
ampuh dalam menjalani hidup dan kehidupan ini. Dengan sikap jujur, seseorang akan mendapat
simpati dan penghargaan tersendiri di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat.

Jujur bererti mengatakan sesuatu sesuai dengan kenyataan yang ada dan melakukan sesuatu
menurut apa mestinya. Tidak menambah-nambah dalam mengucapkan sesuatu dan tidak
menguranginya, tidak membuat-buat sesuatu yang tidak ada kenyataannya dan tidak mengurangi
perlakukan yang hak.

Segala hak dan kewajipan baik terhadap dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat sekiranya
dipenuhinya secara tepat, tidak dilebih-lebihkan dan tidak pula menguranginya. Itulah sikap
utama yang harus dimiliki sebagai keperibadian oleh setiap muslim sejati. Kita menyedari
bahawa sikap jujur itu akan membawa ke arah kebaikan, dan kebaikan akan mengantarkan
pelakunya menuju syurga. Orang yang bersikap jujur akan dicatat di sisi Allah sebagai hamba
yang bijak.

Sebaliknya, perbuatan curang akan membawa ke arah keburukan, sementara keburukan akan
menjerumuskan ke jurang neraka. Maka jangan sampai kita mendapat gelaran di sisi Allah
sebagai hamba yang dusta. Rasulullah SAW mengisyaratkan hal ini dalam sabdanya:
"Sesungguhnya sikap jujur itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga.
Seseorang yang membiasakan diri berlaku jujur, nescaya akan dicatat di sini Allah sebagai hamba
yang jujur. Dan sesungguhnya sikap dusta itu akan membawa kepada keburukan dan keburukan
itu sungguh akan membawa ke neraka. Seseorang yang membiasakan diri berlaku dusta nescaya
akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta" HR Bukhari dan Muslim

Sikap jujur sungguh akan menciptakan kedamaian dan ketenteraman pada jiwa seseorang,
dan menimbulkan suasana teduh dalam keluarga dan masyarakat. Sekiranya setiap insan
beriman berlaku jujur, sehingga semua mukmin di seluruh dunia ini mendapat gelaran dari
sisi Allah sebagai hamba yang jujur, nescaya kehidupan dunia ini akan terasa sejuk dan
damai, terutama sekali di kalangan mukminin sendiri.

Tetapi apalah jadinya seandainya semua manusia berlaku dusta, sehingga semuanya mendapat
gelaran di sisi Allah sebagai pendusta. Nescaya tiap-tiap individu menjadi resah, kehidupan
dunia kacau bilau. Tiada ucapan yang dapat dipercayai dan tiada lagi perilaku yang terkawal
secara wajar.Oleh kerana itu, setiap mukmin hendaknya mampu mengendalikan diri untuk
tidak berbuat dusta. Kerana bagaimanapun juga perbuatan dusta itu akan menimbulkan
kebimbangan pada diri sendiri dan keragu-raguan pada orang lain.

Orang lain akan sukar mempercayai ucapan dan tindakan seseorang yang telah terbiasa
berlaku dusta. Rasulullah SAW mengisyaratkan hal ini dalam sabdanya:
"Tinggalkanlah hal-hal yang meragukanmu dan pilihlah hal-hal yang tidak meragukanmu.
Sesungguhnya kejujuran itulah yang mendatangkan ketenangan, sedangkan kebohongan
akan mendatangkan keraguan" HR At-Tarmizi

Berdasarkan hadis tersebut, kejujuran adalah sikap terpuji yang akan menenangkan
setiap jiwa. Maka sikap jujur seharusnya menjadi hiasan bagi perilaku setiap mukmin.
Sedangkan dusta dan kebohongan akan membuat keraguan pada diri sendiri dan juga orang
lain. Maka sikap dusta harus ditinggalkan jauh-jauh dari diri setiap mukmin.

Kejujuran, disamping akan menenangkan jiwa dan hati setiap pelakunya juga merupakan
amal terpuji yang tentunya akan mendapat imbalan berupa pahala. Sedangkan kedustaan
adalah perbuatan tercela yang mendatangkan dosa, dan tentunya akan mendapat imbalan
berupa seksa pedih. Sungguh perbuatan dusta hanya akan menyusahkan hati setiap
pelakunya. Ia akan menggores lubuk hati yang paling dalam, berupa goresan yang
membimbangkan.

Goresan itu tak akan hilang begitu saja, sekalipun pelakunya berubat ke mana-mana dan
banyak orang yang memberi fatwa kepada dirinya. Rasulullah SAW bersabda:
"Kebaikan adalah segala sesuatu yang menenangkan jiwa dan menenterami hati. Sedangkan
dosa ialah segala sesuatu yang menggores jiwa dan membimbangkan perasaan (hal ini tetap
terpateri dalam perasaannya) sekalipun orang lain banyak berusaha memberikan fatwa kepadamu
dan kamu sendiri telah berusaha untuk melupakannya" HR Ahmad

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa berkenan memberikan sinar terang kepada kita, sehingga kita
tetap bersikap jujur dan mampu meninggalkan perbuatan dusta. .








Petikan dari Buku Apa ertinya dunia bagiku & 97 kisah teladan.
Pengarang: Mohd. Najib Iskandar.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Gila Punya Orang

AMPANG: Gurauan melampau seorang pekerja sebuah pusat Internet membawa padah apabila dia ditahan selepas membuka seluar dan memegang kemaluan seorang kanak-kanak lelaki yang berkunjung ke premis berkenaan di Plaza Spektrum, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, kanak-kanak berusia 11 tahun terbabit berkunjung ke premis berkenaan bersama abangnya yang berusia 13 tahun untuk melayari Internet.

Namun, sejurus masuk, seorang pekerja lelaki di pusat Internet itu cuba bergurau apabila dia bertanyakan kepada kanak-kanak terbabit sama ada mereka sudah berkhatan atau belum.

Sumber itu berkata, kerana takut, kanak-kanak berkenaan akur dan membuka seluarnya sebelum pekerja terbabit turut memegang dan meraba kemaluan mangsa.

Tindakan lelaki terbabit membuatkan mangsa malu apabila ia dilakukan di hadapan beberapa pelanggan lain yang berada di premis itu.

Katanya, sejurus selepas itu, dua beradik berkenaan pulang ke rumah dan menceritakan kejadian terbabit kepada ibu bapa mereka.

"Tidak berpuas hati dengan tindakan melampau pekerja lelaki terbabit, ibu bapa kanak-kanak itu kemudian membuat satu laporan polis," katanya.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an di premis tempatnya bekerja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

"Lelaki terbabit kini direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Topeng muka laris setiap hari

KUALA LUMPUR: Jualan topeng muka didapati meningkat sejak wabak Influenza A H1N1 dikesan di negara ini, minggu lalu.

Pembantu jualan Mediviron Farmasi, Sukkanya Ehsuk, 24, berkataK jualan topeng muka semakin meningkat, tetapi masih mencukupi.
“Ramai yang datang ke farmasi ini setiap hari untuk mendapatkan topeng muka,” katanya.
Sementara itu, pembantu jualan AA Farmasi, Siti Nor Ibrahim, 25, berkata topeng muka penting untuk mengelak orang ramai dijangkiti wabak yang boleh merebak pantas itu.

“Setiap hari pasti ada orang datang ke farmasi ini untuk membeli topeng muka berikutan ancaman wabak berkenaan.
“Mereka yang datang membeli topeng ini kebanyakannya individu yang ingin keluar negara kerana bimbang dijangkiti wabak itu jika tidak berjaga-jaga,” katanya.
Guru tuisyen, Rajeswari A/P Irsan, 21, berkata dia sudah membeli topeng muka sejak minggu lalu.
“Pengurusan tempat kerja saya mengeluarkan arahan supaya memakai topeng muka ketika bekerja kerana bimbang dijangkiti wabak itu berikutan kerja kami perlu berjumpa orang ramai setiap hari terutama pelajar,” katanya.
Pemandu peribadi, Salim Hassan, 38, berkata dia sekeluarga masih tidak membeli topeng muka kerana kerajaan tidak mengeluarkan sebarang pengumuman mengenai pemakaian topeng muka setakat ini.
“Saya menunggu pengumuman kerajaan mengenai langkah yang perlu diambil, namun saya tetap berhati-hati dengan penularan wabak ini.
“Saya akan terus membuat pemeriksaan doktor jika seorang keluarga saya mengalami demam untuk mendapat rawatan awal,” katanya.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.

Krauser : kat penang kat mana nak cari erk....?



Read More

Kisah Sebuah Masyarakat

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kere ta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian...

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara .
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Monday, May 18, 2009

DUN Perak Akan dibubarkan,,,?



Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak Isnin depan yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu.
Menurut sumber pengumuman itu ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu.

"Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar.

"Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut," sumber memberitahu TV Antara.

Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu.

Pada PRU ke 12, Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi sementara BN pula mendapat 28 kerusi.

Perbuatan BN memujuk 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar daripada gagasan itu dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas telah mencetuskan krisis politik yang paling buruk dalam sejarah moden Perak yang turut mengheret institusi raja, badan-badan kehakiman dan legislatif.

Beberapa perkembangan yang berlaku kebelakangani ini juga mungkin mempengaruhi pihak istana untuk memperkenankan pembubaran DUN.

Antara yang paling penting ialah senario persefahaman yang telah wujud di antara Pakatan Rakyat dan BN berkaitan jalan penyelesaian krisis politik Perak.

Beliau juga berkata isu sama ada DUN Perak akan dibubarkan atau tidak kini terletak ditangan Sultan.

Walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkeras tidak mahu mengadakan pilihan raya baru negeri melalui pembubaran DUN namun kini beliau dilihat sudah berlembut dan mahu berdialog dengan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat pula atas dasar mahu melihat penyelesaian kemelut politik tersebut diatasi secara aman bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan BN tetapi prinsip pembubaran DUN tetap dipertahankan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hak rakyat perlu dikembalikan semula jika amalan demokrasi sihat mahu diwujudkan di negera ini serta menolak budaya kedurjanaan politik.

Walaupun menurut perlembagaan pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar namum pensyarah undang-undang Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan mempunyai kuasa khas yang jarang digunakan yang membolehkan baginda membubarkan DUN selaku kedudukan sebagai Sultan.

"Dalam keadaan di mana sesuatu keadaan itu tidak lagi boleh diselesaikan melalui kompromi politik dan juga proses perundangan baginda Sultan boleh menggunakan "reserve power" baginda untuk membubarkan Dewan tanpa merujuk kepada Menteri Besar apatah lagi dalam keadaan di Perak sekarang yang mempunyai dua penyandang jawatan," Prof Aziz berkata.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

102 penumpang pesawat AirAsia AK5358

PUTRAJAYA 17 Mei – Kementerian Kesihatan berusaha menjejaki 102 penumpang pesawat AirAsia AK5358 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang ke Pulau Pinang pada pukul 11 pagi, 13 Mei lalu.

Usaha itu dibuat membabitkan pejabat-pejabat kesihatan daerah ekoran salah seorang penumpang penerbangan itu didapati positif menghidap influenza A (H1N1).

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat (gambar) berkata, kesemua penumpang pesawat tersebut diminta menghubungi Kementerian Kesihatan melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300.

``Kita perlu menjejaki semua penumpang ini kerana pesakit kedua positif H1N1 yang kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang telah menaiki pesawat yang sama.

``Kami telah menerima semua maklumat penumpang AK5358 dari syarikat penerbangan AirAsia dan sedang dalam proses untuk menjejaki mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan kes kedua H1N1 dikesan di negara ini melibatkan seorang pelajar perempuan yang merupakan rakan kepada kes pertama yang dikesan semalam.

Ramlee berkata, semua penumpang berkenaan perlu menjalani kuarantin rumah selama tujuh hari untuk memastikan mereka tidak mempunyai tanda-tanda influenza.

``Sekiranya penumpang ini tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti influenza, maka mereka akan dibenarkan untuk keluar dari rumah," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengesan 24 penumpang lain termasuk seorang warganegara Malaysia yang menggunakan penerbangan MH091 pada 13 Mei lalu, iaitu pesawat yang dinaiki pesakit pertama H1N1.

``Siasatan mendapati terdapat 119 penumpang MH091 yang berada di Malaysia dan daripadanya, tiga orang telah dimasukkan ke hospital dengan dua disahkan positif.

``Selain tiga orang ini, penumpang lain yang berjaya dikesan telah dikuarantin di rumah dan berada dalam keadaan sihat," katanya.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan telah memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai status 73 penumpang MH091 yang meneruskan perjalanan ke negara lain.

``Ini untuk membolehkan tindakan susulan diambil oleh kerajaan di negara berkenaan," katanya.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Pekerja Asing (PATI)

Ketidakseimbangan faktor penawaran dan permintaan sektor tenaga kerja adalah penyebab utama kebimbangan kerajaan kemungkinan jumlah pekerja asing akan meningkat kepada 5 juta orang menjelang tahun 2010. Pada pendapat saya kebimbangan itu sudah berlaku sekarang cuma tiada data yang tentang berapa ramai jumlah pekerja asing di Malaysia.

PEKERJA ASING: salah kita semua.

Masalah ini lebih hebat dan mengejutkan lagi apabila laporan dan kajian daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang memetik bahawa 20 peratus peluang pekerjaan baru yang wujud dibolot oleh pekerja asing.

Siapakah yang bersalah?. Apakah ghairah majikan yang mengejar keuntungan semaksima yang mungkin dan ingin menjimatkan kos upah menyebabkan pekerja tempatan dipinggirkan? .

Saya berpendapat pekerja asing di negara kita dikategorikan kepada dua, iaitu yang pertama pekerja asing dengan izin(PADI) dan pekerja atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kategori PADI ini adalah pekerja asing yang mempunyai permit kerja untuk bekerja di sektor-sektor tertentu seperti perkilangan, perladangan, perkhidmatan dan pembantu rumah. Itupun sudah ada penyelewengan tentang permit kerja yang sememangnya sudah berleluasa sekarang ini.

Ada PADI yang mempunyai permit kerja di sektor pekilangan, tetapi sebenarnya bekerja di kelab malam dan rumah urut. Ada yang mempinyai permit bekerja di sektor pembinaan, tetapi sebenarnya bekerja di restoran dan wakil penjual permaidani yang bergerak ke kampung dan taman perumahan.

Ditambah malang lagi ada pekerja asing yang sudah tamat tempoh permit kerja tetapi masih tinggal di negara kita dan bekerja sendiri seperti negara ini mereka yang punya. Golongan ini mengaut keuntungan berlebihan tanpa perlu membayar Cukai Pendapatan, Caruman KWSP dan PERKESO. Mereka pada awalnya sebagai pekerja dengan permit semata-mata bertujuan sebagai batu loncatan untuk terus mencari rezeki di bumi bertuah ini dan matlamat akhir mereka ialah untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap yang pada pendapat mereka amat mudah diperolehi di Malaysia berbanding dengan di Timur Tengah atau di Eropah kerana sikap kita sendiri, rakyat Malaysia yang amat pemurah dan cepat kasihan kepada orang susah.

Mengapa kita kena mengambil pekerja asing sedangkan tenaga pekerja tempatan tidak kurang ramainya? Adakah golongan pekerja kita tetutamanya orang muda terlalu memilih pekerja?. Atau adakah kesatuan pekerja di Malaysia ini yang terlampau sibuk dengan piket untuk naik gaji sahaja sehingga lupa tanggungjawab sebenar mereka?.

Masalah PATI adalah lebih meruncing sekarang ini sehinggakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengklasifikasikan masalah PATI adalah masalah kedua negara selepas masalah dadah. Jadi tidak perlu risau jika kita hendak tunggu sehingga 2010 untuk melengkapkan data pekerja asing mencapai 5 juta orang sedangkan realiti sebenarnya sudah pun mencapai malah lebih daripada itu jika dicampurkan PADI dan PATI.

Jika faktor permintaan iaitu majikan atau lebih tepat sekali rakyat Malaysia sendiri yang sengaja mengadakan faktor permintaan buruh asing ini amat perlu untuk menjana ekonomi negara, maka mentaliti sebegini yang sudah di tanam di fikiran kita, maka setiap kali memerlukan tenaga pekerja, secara automatiknya otak memikirkan pekerja asing sebagai penyelesaian untuk mengatasi kekurangan tenaga buruh.

Kemana perginya puluhan ribu graduan setiap tahun daripada IPTA, IPTS, politeknik, institut kemahiran, pusat latihan perindustrian, institut pertanian, kolej komuniti, malah GIAT MARA ?. Adakah mereka ini bekerja di luar negara?. Apakah permintaan majikan tidak seiring dengan penawaran graduan ini yang telah mencakupi beratus jenis kursus teknikal, profesional dan separa profesional? . Apakah tiada perancangan teliti permintaan tenaga buruh negara dengan penawaran lepasan institusi yang sudah dibelanjakan berbilion ringgit oleh kerajaan?.

Antara alasan stereo-type yang diberikan ialah golongan muda memilih kerja, tidak mahu kerja berjemur di tengah panas dan meminta gaji yang tinggi. Itu alasan daripada majikan sebagai bukti kenapa mereka perlu mengimport pekerja. Alasan stereo-type pencari kerja tempatan pula ialah gaji yang rendah tidak setimpal dengan kelulusan, ditawarkan tempat kerja yang jauh daripada keluarga malah faktor kerja di swasta atau kerajaan juga penyebab terlampau memilih kerja.

Ruang yang ditinggalkan oleh pencari kerja rakyat Malaysia yang terlalu hendak dimanjakan ini telah diambil oleh pekerja asing. Mentaliti rakyat kita yang inginkan kesenangan sepanjang masa tanpa mahu menghadapi kesukaran yang sebenarnya akan mengajar mereka menilai erti kehidupan.

Jika rakyat kita tidak terlampau memilih sangat kerja dan malu untuk melakukan kerja buruh bangunan dan pekerja di ladang, maka tidak hairan nanti sebenarnya jangkaan Menteri Sumber Manusia itu akan menjadi dua kali ganda daripada jangkaan kementerian beliau jika semua pihak tidak memikirkan secara serius cara-cara untuk mengatasi mentaliti dan daya fikir kita sendiri untuk mengambil balik semua kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja asing.

Sejarah pengambilan pekerja asing di dunia ini telah membuktikan apabila laluan sudah di buka, maka mustahil untuk menutup kembali. Selain daripada itu, dengan bermulanya dasar mengizinkan orang asing bekerja, ia sebenarnya telah menggalakkan pendatang haram ke negara, polimik sosio-budaya, masalah sosial dan beban penguatkuasaan undang-undang. Inilah yang terjadi kepada negara-negara maju di dunia ini seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun, Canada dan Jerman.

Akibat sudah diberi laluan kepada rakyat asing bekerja, maka amat sukar pula untuk membendungnya semula. Statistik di negara-negara maju tersebut telah membuktikan bahawa peratusan pekerja asing yang ada permit dan pendatang haram semakin meningkat setiap tahun. Amerika Syarikat pada tahun 2005 telah membelanjakan sebanyak USD 1 bilion sebagai peruntukan Pengawal Sempadan Negara untuk mengekang kebanjiran pendatang haram dari Amerika Tengah dan Amerika Latin.

Kita semua, termasuk majikan perlulah menanamkan sikap mengutamakan keperluan tenaga kerja tempatan daripada berkiblatkan kepada tenaga kerja asing. Minda kita mestilah difokuskan bahawa masih ramai warganegara Malaysia yang dahagakan kerja untuk memperolehi pendapatan yang sedikit sebanyak akan mengubah taraf ekonomi mereka.

Mengapa kita tidak menggunakan sumber tenaga kerja dari Sabah dan Sarawak untuk berkerja di sektor pembinaan di Semenanjung yang rancak membangun?. Apakah hasil kerja buruh binaan Indonesia itu begitu bermutu sehinggakan kontraktor binaan menaruh kepercayaan kepada mereka untuk membina bangunan?. Akibatnya banyak bangunan yang runtuh dan rosak struktur binaannya gara-gara kontraktor Bumiputera lebih mengagungkan pekerja Indonesia.

Sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang terlampau pemurah dan sering beranggapan segala dari luar negara adalah yang terbaik termasuklah sektor pekerja perlu dihakis mulai sekarang. Sikap kita yang sering mengagungkan apa sahaja dari luar negara itu lebih bermutu dari buatan tempatan, sebenarnya telah hampir kematu di dalam minda kita. Ini perlu dihakiskan sedikit demi sedikit.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Mandi terbalik

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.


Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan

Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi
Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Bahasa Perempuan yang tersirat...

Pernah ker berganduh dengan awek, kawan, sepupu perempuan...? hehehehehe tak tau la macam mana nak kata kat sini tapi rasa macam aku pun sama kat sini. Tak paham apa yang cuba pihak perempuan sampaikan....



FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar macam kt dalam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Cinta

Apakah erti cinta yang sebenar...?
Pahamkah kita pada cinta...?
aku tak dapat nak berkata2...
hanya mahu berkongsi bersama...

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Sinar Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Mengenali Cubaan Pembohongan

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..


Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Friday, May 15, 2009

Sidang 7 Mei Tidak Sah

Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu baginya, adalah rentetan dan siri perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara.

Beliau berhujah, dari awal lagi sidang berkenaan mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker V.Sivakumar. Selain itu, pelbagai arahan serta perintah dibuat Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai autoriti.Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan.

Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Dalam persidangan haram itu, Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Dato' Hamidah Osman.

Aziz menyifatkan kekecohan di DUN Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari. Sebelum itu polis juga menghalang sidang DUN Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang bawah pokok 2 bulan yang lalu, sekali lagi polis memainkan peranan yang utama.

Sebelum itu kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anehnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai.

"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.

Cara menyelesaikan krisis Perak ialah dengan membubarkan DUN kerana keadaan menjadi semakin teruk dan Kerajaan haram pimpinan Dato Seri Dr Zambry akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi.

Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah. Hanya golongan fasis sahaja tidak percaya dengan pilihanraya. Mereka akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.

"Apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli DUN di Perak adalah respons yang dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebgainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Asal Usul Solat

Sebagai Umat Islam, kita wajib menunaikan solat 5 waktu. Namun berapa ramai dari kita mengetahui asal usul solat dalam islam. Di sini ingin saya berkongsi bersama umat Islam di Malaysia [koz artikel nih dalam Bahasa Melayu]kalo orang len selain rakyat Malaysia memahami Bahasa Melayu, silalah baca....

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat
semoga dengan memahami bacaan
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Pandangan Tun Dr. Mahathir tentang Politik di Perak

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.


"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya. .. Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?


"Tapi itu hanya pandangan saya, saya tak buat apa-apa survey...undian.

"Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya negeri jika DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.


Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil.


"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya," katanya.


Mengulas lanjut mengenai krisis politik kedudukan Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.


"Tak elok bila dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.

"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.


"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baik," katanya.
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More

Rahsia Melalui Tulisan

Dalam kehidupan manusia seharian tidak akan lari dari menulis. Ada sesetengah kajian menyatakan bahawasanya dari tulisan kita boleh mengenali rahsia seseorang. Benar atau tidak, kita sendiri [tuan yang empunya tulisan] mengetahuinya
Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i.. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...

Oleh Dr Fadzilah Kamsah
Kata-kata yang mahu disembunyikan di dalam Read More.


Read More