Anime Download

animeEDEN, Enough Anime And Manga To Make Your Mouth Water!
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, January 22, 2010

Kisah 18 hari di perantauan

Arrrgghhhh aku masih lagi dalam keadaan yang tak segar...Batuk, demam, selsema dan lelah masih lagi ada..Sakit datang sekali sekala jer menandakan tuhan masih sayang pada diriku..Sebenarnya bukan aku nak bercerita pasal sakit..cuma cerita pasal 18 hari aku berada diperantauan..di Negeri Sembilan..Aku berada di sana atas arahan pihak ibu pejabat FAMA untuk membuat attachment dengan Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan.

Aku bertolak dari Pulau Pinang pada 14/12/2009 menuju ke Hotel Royal Bintang di Seremban..Pada mulanya aku ingatkan hotel2 biasa jer..Bila aku sampai jer..Rasa Kekaguman melanda diri aku..Kayanya FAMA, detik hatiku..Tugas aku...? Macam waktu bekerja biasa dari jam 8.00pg hingga 5.00 ptg..Isnin hingga Khamis [Jumaat 2 minggu berturut2 jatuh hari kelepasan am]

Kat sana aku ditugaskan bersama Mohd Idzham, Fazdli, Ayob, Sallehuddin dan Awina. Sepatutnya 10 orang pegawai semua tapi ada yang mengelak dari menghadirkan diri..Aku malas nak tolak biarpun pada mulanya aku la paling tak berpuas hati..Gila kot 18 hari aku kena dok kat sini..dah la transport takda..kedekut tul aku nak bawak keta sendiri pun diaorang tak bagi..Aku g kejer tumpang Idzham dan kemudian nek dengan Fadzli [Idzham hilang tanpa kesan]

Hari kejer bagi aku biasa jer..takda la aku nak rasa ralat ker apa ker..yang paling tak best time cuti..Pergghhhhh..Kewarasan aku dicabar dengan duduk sorang2 dalam bilik..serta sahabat2 yang lain turut menghilangkan diri..kalo mental aku tak cukup kuat aku mesti dimasukkan dalam wat gila dah kat Tampoi....

Aku menghitung hari nak balik ke penang..gila tak sabar..tak sabar nak jumpa family aku..char kuew tiaw..kawan2ku...ketaku..apek kedai snooker..hehehehe macam2 lagi la..
Aku rasakan pengalam paling best kat sana merupakan aku dapat jumpa dengan kawan2 dalam internet aku bila time cuti [yer la aku mesti keluar kalo tak sawan dalam bilek tu]

Aku harap FAMA tak wat macam nih lagi la..Last minit baru nak cakap kena g kursus yang macam nih...gila ah..


Read More