Jam kat tangan aku baru menunjukkan tepat 1.21 tghr, kat komputer la 1.08 tghr. kenapa jagi begitu pula..? tak perlu la dijawap persoalan yang takda ertinya ini. aku tak tahu kenapa tetiba hari ini hati aku rasa resah dan gusar serta gersang. nak kata aku wat salah kat orang, takda laks rasanya, orang wat salah kat aku...? kena cakap jugak ker...?
minggu lepas merupakan minggu yang aku rasa amat semak sekali dalam hidup aku. kenapa hidup aku ini dipenuhi dengan masalah orang lain...? dan bukan masalah aku sendiri...? perlukah aku semakkannya lagi...? aku rasa cukup la sekadar apa yang ada sekarang..aku rasa ada benda biarkan ianya menjadi misteri yang aku dan sekutu2 aku jer tahu
dah la tu dengan demam + selsema + batuk = penat aku dah mai dah la tu, sampai tak bangun pun ada...hahahaha siap aku rasa aku masih dalam pengaruh ubat batuk lagi semasa aku menaip kat blog nih [skit2 rasa mengantuk]
aku rasa dah melalut la citer nih..uhuk..uhuk..aku tak taw kenapa bila aku tgk gambar yang ada dalam facebook tu terasa amat sakitnya hati aku ini..pasal pa sakit aku pun tak taw punca...Sedih...? tidak rasanya...
kadang kala aku rasakan aku seperti dipergunakan oleh orang la plaks...tak taw kenapa...time susah cari la aku..time senang ker aku hidup ker mati pun dia tak taw..apa nak wat orang suka amek kesempatan terhadap diri aku yang suka membantu ini..bukan salah mereka...aku jer yang tak reti nak kata "tak boleh"
Bila masa seseorang bersendiri dan keseorangan, tidak tahu apa yang hendak dilakukan, memikirkan masa depan, maka berlakulah kekritikalan minda
Monday, May 31, 2010
Wednesday, May 5, 2010
Pantun untuk Kawan
Pantun...adat Orang Melayu turun temurun, teringat dulu masa sekolah menengah, cikgu sedang mengajar, Pegoih, Is, Arnis dengan aku asyik dok berbalas pantun dengan Suriani, Nani, Sharifah dan Suzana. Oh kenangan semua tu. Kalau aku fikirkan kembali, rasa macam benda tu kebudak-budakan la pulak, tapi apa pun, aku hargai memori itu.
Dari dulu kita berjalan
Hingga kini tidak berhenti
Dari dulu kita berkawan
Hingga kini tetap di hati
Hingga kini tidak berhenti
Walau jauh beribu batu
Hingga kini tetap di hati
Walau datang pelbagai hantu
Walau jauh beribu batu
Semangat juang tetap diperah
Walau datang pelbagai hantu
Kasih kita tetap terserlah
Semangat juang tetap diperah
Demi menawan puncak tinggi
Kasih kita tetap terserlah
Tersemat ia di lubuk hati.
Demi menawan puncak tinggi
Menempa jaya dengan megah
Tersemat ia dilubuk hati
Tetap padu tak mungkin goyah
kepada kawan2 daku..teruskan perjuangan, aku tetap lagi menaruh harapan untuk membuat reunion kelas kita.
Dari dulu kita berjalan
Hingga kini tidak berhenti
Dari dulu kita berkawan
Hingga kini tetap di hati
Hingga kini tidak berhenti
Walau jauh beribu batu
Hingga kini tetap di hati
Walau datang pelbagai hantu
Walau jauh beribu batu
Semangat juang tetap diperah
Walau datang pelbagai hantu
Kasih kita tetap terserlah
Semangat juang tetap diperah
Demi menawan puncak tinggi
Kasih kita tetap terserlah
Tersemat ia di lubuk hati.
Demi menawan puncak tinggi
Menempa jaya dengan megah
Tersemat ia dilubuk hati
Tetap padu tak mungkin goyah
kepada kawan2 daku..teruskan perjuangan, aku tetap lagi menaruh harapan untuk membuat reunion kelas kita.