Anime Download

animeEDEN, Enough Anime And Manga To Make Your Mouth Water!

Tuesday, June 8, 2010

Mandi Hujan

Pada tarikh 6/6/2010, ketika tengahari..aku telah melakukan satu aktiviti yang amat "buang Tabiat" [mak aku yang kata] aku tibai mandi hujan time tengahari..kan tengahari hari tu hujan lebat, [kat area rumah aku la] so dengan tak kena mengena aku teringat peristiwa 20 tahun lepas di mana aku main hujan.

Dulu Arwah tok aku mesti marah kalo main hujan, demam katanaya, dulu main hujan bukan dengan air saja, dengan pasir, segala benda yang dijumpa pasti menjadi mainan. aku ingat lagi time hujan aku dan sepupuku seronok dok wat empangan, empangan yang akhirnya telah berjaya menyekat air dari mengalir dan menyebabkan air bertakung di kawasan lapang rumah arwah tok aku. masa nih kat penang la

Time kat kelantan dulu, kalo hujung tahun [bulan Disember] mesti banjir, time tu la paling seronok sekali, rumah tok aku kat sana tinggi [tanya kepada kawan2 aku yang pernah pergi] so bayangkan dari jendela aku, adik2ku, sepupu2ku dan arwah bapak sedara aku. memang seronok, time tu takda dah nak pikir air kotor ker, yang peting keseronokan tu, naik sampan, buat rakit dan berenang.

Aku rasa sekarang takda lagi nak rasa benda macam tu, lagi pun aku just main hujan jer. takkan la dah besar panjang aku nak wat lagi benda2 tu. Aku ajak adik aku, tapi dia tak maw..kalot nak main game PS2, mak aku hanya dapat ketawa. so nanti la kawan aku nak ajak hangpa mandi hujan


Read More

Monday, May 31, 2010

Keresahan dalam hati

Jam kat tangan aku baru menunjukkan tepat 1.21 tghr, kat komputer la 1.08 tghr. kenapa jagi begitu pula..? tak perlu la dijawap persoalan yang takda ertinya ini. aku tak tahu kenapa tetiba hari ini hati aku rasa resah dan gusar serta gersang. nak kata aku wat salah kat orang, takda laks rasanya, orang wat salah kat aku...? kena cakap jugak ker...?

minggu lepas merupakan minggu yang aku rasa amat semak sekali dalam hidup aku. kenapa hidup aku ini dipenuhi dengan masalah orang lain...? dan bukan masalah aku sendiri...? perlukah aku semakkannya lagi...? aku rasa cukup la sekadar apa yang ada sekarang..aku rasa ada benda biarkan ianya menjadi misteri yang aku dan sekutu2 aku jer tahu

dah la tu dengan demam + selsema + batuk = penat aku dah mai dah la tu, sampai tak bangun pun ada...hahahaha siap aku rasa aku masih dalam pengaruh ubat batuk lagi semasa aku menaip kat blog nih [skit2 rasa mengantuk]

aku rasa dah melalut la citer nih..uhuk..uhuk..aku tak taw kenapa bila aku tgk gambar yang ada dalam facebook tu terasa amat sakitnya hati aku ini..pasal pa sakit aku pun tak taw punca...Sedih...? tidak rasanya...

kadang kala aku rasakan aku seperti dipergunakan oleh orang la plaks...tak taw kenapa...time susah cari la aku..time senang ker aku hidup ker mati pun dia tak taw..apa nak wat orang suka amek kesempatan terhadap diri aku yang suka membantu ini..bukan salah mereka...aku jer yang tak reti nak kata "tak boleh"


Read More

Wednesday, May 5, 2010

Pantun untuk Kawan

Pantun...adat Orang Melayu turun temurun, teringat dulu masa sekolah menengah, cikgu sedang mengajar, Pegoih, Is, Arnis dengan aku asyik dok berbalas pantun dengan Suriani, Nani, Sharifah dan Suzana. Oh kenangan semua tu. Kalau aku fikirkan kembali, rasa macam benda tu kebudak-budakan la pulak, tapi apa pun, aku hargai memori itu.

Dari dulu kita berjalan
Hingga kini tidak berhenti
Dari dulu kita berkawan
Hingga kini tetap di hati

Hingga kini tidak berhenti
Walau jauh beribu batu
Hingga kini tetap di hati
Walau datang pelbagai hantu

Walau jauh beribu batu
Semangat juang tetap diperah
Walau datang pelbagai hantu
Kasih kita tetap terserlah

Semangat juang tetap diperah
Demi menawan puncak tinggi
Kasih kita tetap terserlah
Tersemat ia di lubuk hati.

Demi menawan puncak tinggi
Menempa jaya dengan megah
Tersemat ia dilubuk hati
Tetap padu tak mungkin goyah


kepada kawan2 daku..teruskan perjuangan, aku tetap lagi menaruh harapan untuk membuat reunion kelas kita.


Read More

Monday, April 19, 2010

Kenapa aku tak Kawen lagi....?

Sejak kebelakangan ini aku sering diajukan soalan2 yang agak menusuk ke jantung aku..Oleh Mak Menakan [saudara] yang dok dekat umah, yang dok kat Kelantan, Sepupu Kelantan aku, Tok Menakan aku yang kat Merebok, semua kata nak tengok aku kawen dulu..Semua sanggup wat apa saja kerana aku..Pasal aku cucu sulung..kuasa aku amat besar sekali...macam aku kata kat Mie semalam la With Great Power, Come Great Responsibelity [btul ker tidak aku heja tu...]

Dan kat sini aku nak tegaskan bahawasanya jawapan ini aku telah petik dan aku telah ubah suai dari satu website yang tak leh nak sebut kat sini...nanti aku kena banned la laks dari site tu..curi2 jer nih....

1."Duit belum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan zaman sekarang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ? ada duit abangku sayang, takde pitis sayang pun melayang!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak! Semak otak..

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah![uhuk..uhuk...] yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga? Soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.


Read More

Wednesday, April 14, 2010

Kuasa Perempuan

Perempuan...sapa tak suka kat perempuan [soalan retorik kepada lelaki] dan ini adalah kuasa-kuasa yang ada pada perempuan..dan aku rasa kuasa ini memang betul pun..wooohooooo

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya "Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

so para wanita di luar sana, jangan salah guna kuasa yang diberikan pada ada...


Read More

Hari Rabu yang meletihkan

Setiap hari rabu merupakan hari aku paling rajin dalams sejarah kerja aku..Tapi hari ini aku rasa amat malas sekali..Kenapa..? Semuanya salah Lann..Ajak g main game, semak terus..main sampai tak sedar diri kat dengan pukul 11.00 malam, bayangkan dari jam 8.30 sampai pukul 11.00..Kalo tak ingat kejer hari ini memang sampai kul 1 pagi dah.

Bukan apa yang main game lama tu..Lan mencemburui pangkat aku dan Is dalam game Ghost Squad..Dia masih lagi tahap rendah, aku dan is memang dah tahap yang agak tinggi, tapi tak maksimum lagi..kami keluar 4 orang semalam, aku, Wan, Lann dan Is..Aku masih lagi mengejar Iskandar kerana pangkat dia lagi tinggi dari aku..Jeles jugak aku dengan dia..Tunggu time jer..Setakat level Is tu, Selamber Joe jer kejarnya..


Read More

Monday, April 12, 2010

Perempuan yang curang....?

Aku tak tahu la tajuk nih bakal menjadi kontroversi ker tidak tapi seadanya aku terpanggil jugak untuk menulis dalam blog kepunyaan diri aku ini..So aku tak amek peduli la kepada geng2 perempuan nak kata kat aku pun..Yang penting sebelum bersuara kepada daku..Baca la coretan aku sampai habis la..

Semalam aku terasa amak bosan sekali kat rumah, dah la panas semua cukup, aku mengajak Iskandar untuk keluar meronda..Lepas Maghrib aku bertolak ke rumah Iskandar..Cadangannya nak pergi menonton wayang kat Pasific..Tapi takda pulak cerita yang menarik untuk ditontoni kami.

Maka kami melakukan rutin kami yang biasa la bermain Game Ghost Squad..Tengah asyik fokus bermain, menembak, mengelak, cari markah lebih, selamat tahanan, tetiba ada Is cuit tangan aku, aku paling ke kanan dan kulihat wajah yang aku kenali..Aku hanya mampu tersenyum, dan meneruskan permaianan.

Namun ada sesuatu yang mengganggu minda aku bila aku tengok sekali lagi kawan aku..bukan dia yang bawa masalah, tapi awek yang keluar dengan dia..Macam aku kenali saja wajahnya..Aku rasa pelanduk dua serupa, pastu aku main game tu sampai habis..

Lepas habis sempat plak aku berbual dengan kawan aku tadi..Dan dalam time berbual tu aku curi2 amek peluang melihat wajah aweknya..Dan sah, awek yang sama datang kat Lan time Lan berniaga kat Permatang Pauh, aku cam sangat muka dia. Tapi time aku nampak tu dia keluar dengan lelaki lain. Alamak...

Aku tau la awek tu cun...Dari skala mete cun aku bley la aku abgi 7/10..tapi jangan la bertukar2 pasangan dengan lelaki..tak syiok la aku rasa..pasal hari tu laki lain..hari ni dengan kawan aku laks..Dia tak cam aku pasal hari dengan Lan tu aku pakai Snowcap...

Entah esok atau lusa aku tgk dia keluar dengan lelaki lain pula..Aku nak cakap kat membe aku semalam, aku rasa kesian laks, lagipun dihalang oleh Is, Dia kata aku silap pandang orang kot...Aku rasa bengang jugak awek2 yang rasa diri mereka cun nih dok permainkan lelaki la....Oooiiii kami nih manusia, bukan handbag yang hang leh tukar ikut rasa hati hang jer....


Read More

Tuesday, April 6, 2010

Cuti Balik kampung

Dalam 2 minggu lepas sebenarnya aku telah pulang ke kampung halaman [tempat aku dilahirkan] di Kota Bharu Kelantan..sememangnya aku merindui kampung halaman aku...tak banyak berubah..biarpun aku balik 2 atau 3 kali setahun [Kelantan jauh la weh]

Dapat berjumpa dengan sanak saudara disebelah ibu aku..seronok..?? mesti la seronok.. Diorang pun seronok dapat berjumpa dengan kami.. Mak sedara aku dah bukak kedai secara kecil2an...dia stail panggil kedai dia macam seven eleven...pasal bukak dari kull 7 sampai kul 11 malam...baru seven eleven sejati katanya...

Dapat bergurau senda dengan sepupu2 aku yang lama aku tak jumpa pun kira okay la..kalo aku balik sana mesti diorang nak tanya macam2..dari hp ke muzik ke internet...semua nak tanya aku...bayang la macam mana nak jawap soalan mereka...semak jugak otak aku...

Time dok sana sempat juga aku ke Wakaf Che Yeh...saja nak ushar2 baju2 bundle yang rare, sebenarnya sepupu aku Nazrul yang ajak poie...dia tak leh bawak kereta, dia nak cari kasut...alamak...takpe...sebab nek kereta dia dengan duit minyak dia bubuh...time nak pergi ke sana kereta dia kena langgar dengan moto...bukan salah aku....jalan jem teruk...moto tu tak terrer menyelit...apa la mai belajar dengan raja selit...

langgar tak la terus sangat....tapi tu la...semak jugak aku kalo orang langgar kereta time aku bawak....

dalam kereta dok kenang kembali masa zaman kanak2 aku dengan dia, time kami tipu kakak dia Zieha yang kata aku kena langgar dengan kereta...masa tu kami dok main kejar mengejar dengan basikal...aku dengan nazrul..Zieha dengan adik aku sorang lagi.....

Tok aku pun dah tak berapa nak sihat sangat dah..jalan pun dah semakin tak bermaya..tapi aku tetap respek la dengna tok aku nih...sebab kadang kala kalo dia berbahasa aku tak dapat tangkap kata2 dia...ada sekali time makan nasi di pagi hari...tok aku berkata sesuatu..aku memerhati dengan khusuk tapi tak leh tangkap jugak...mak aku ada kat sebelah...aku gelak dengan mak aku pasal mmg tak paham apa yang tok aku cuba sampaikan...

Hari sabtu tu wat makan besar keluarga...macam2 lauk pauk disediakan untuk santapan ramai..seronok makan ramai2....bila lagi nak makan macam nih....sebenarnya ayah aku tu balik kelantan nak makan nasi Krabu Padang Bas jer...hari tu balik tak dapat makan...kecewa la plaks...kali nih di balun 2 bungkus....takut aku tgk,....

Dok kelantan 2 hari tu..aku kira dok makan keropok lekor jer hari2...leh kata nak sampai RM 10 aku guna untuk makan keropok lekor saja...bukan aku sorang deh...ramai2 macam la....hahahhahahahahahahaha


Read More

Thursday, March 4, 2010

Kekeliruan dalam kehidupan

Salam..hari ini aku terasa terpanggil untuk menaip dalam bloq...semasa aku membonceng motosikal untuk datang ke tempat kerja aku..terlintas dalam otak aku.. "Patutkah aku menjadi diri aku yang dahulu @ menjadi diri aku yang sekarang..persoalan yang bermain dalam fikiranku.. Diri aku yang dahulu, telah lama aku tinggalkan kerana aku rasa itu adalah diri aku yang paling buruk.

Diri aku yang sekarang....? Tch..sapa yang mengenali tahu la bagaimana diri aku.. seorang kawan pernah memberitahu aku.."Kembali kepada asal" tapi persoalannya adakah dia mengenali diri aku yang asal...? Kerana diri aku yang asal lagi teruk dari sekarang..Semua orang pandai berkata2..Tapi pastikan kata2 itu tidak menguris perasaan


Read More

Wednesday, February 17, 2010

Kehidupan malam aku hilang....

Dah lepas CNY dah...sekarang nih dok sibuk membantu Lan berniaga Soft Toy di Uptown Banda Perda, Uptowan Tesco Extra dan Route 69 la. Kelitahan jelas terpancar di wajah aku. Aku cuma nak melihat kawan aku berjaya dalam bidang yang dia ceburi ini.

Malam Selasa la merupakan malam yang aku ingat untuk selamanya ketika berniaga dengan Lan kerana malam itu perasaan aku telah hancur berkecai wat selamanya. Aku nak menaip pasalnya pun aku terasa malas. Kenapa...? kerana aku rasa macam sakit laks dada bila aku fikirkannya.

Marah...? mesti la aku marah. Kecewa jangan kata la..sungguh aku rasa kecewa sekali gamaknya..Nanti la aku citerkkannya..Sakit laks hati ini bila aku start fikirkannya kembali...


Read More