Anime Download

animeEDEN, Enough Anime And Manga To Make Your Mouth Water!
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, June 8, 2010

Mandi Hujan

Pada tarikh 6/6/2010, ketika tengahari..aku telah melakukan satu aktiviti yang amat "buang Tabiat" [mak aku yang kata] aku tibai mandi hujan time tengahari..kan tengahari hari tu hujan lebat, [kat area rumah aku la] so dengan tak kena mengena aku teringat peristiwa 20 tahun lepas di mana aku main hujan.

Dulu Arwah tok aku mesti marah kalo main hujan, demam katanaya, dulu main hujan bukan dengan air saja, dengan pasir, segala benda yang dijumpa pasti menjadi mainan. aku ingat lagi time hujan aku dan sepupuku seronok dok wat empangan, empangan yang akhirnya telah berjaya menyekat air dari mengalir dan menyebabkan air bertakung di kawasan lapang rumah arwah tok aku. masa nih kat penang la

Time kat kelantan dulu, kalo hujung tahun [bulan Disember] mesti banjir, time tu la paling seronok sekali, rumah tok aku kat sana tinggi [tanya kepada kawan2 aku yang pernah pergi] so bayangkan dari jendela aku, adik2ku, sepupu2ku dan arwah bapak sedara aku. memang seronok, time tu takda dah nak pikir air kotor ker, yang peting keseronokan tu, naik sampan, buat rakit dan berenang.

Aku rasa sekarang takda lagi nak rasa benda macam tu, lagi pun aku just main hujan jer. takkan la dah besar panjang aku nak wat lagi benda2 tu. Aku ajak adik aku, tapi dia tak maw..kalot nak main game PS2, mak aku hanya dapat ketawa. so nanti la kawan aku nak ajak hangpa mandi hujan

0 comments: