Ada orang rela bunuh diri kerana dikhianati cinta, Ada yang merelakan keperawanan demi cinta, Ada yang balas dendam demi cinta, Ada yang dihimpit tekanan kerana cinta ditolak, Ada yang berani backstreet dan memberontak orang tua demi cinta, Bahkan ada yang berani membunuh gara-gara cinta dipermainkan, Ada yang marah ketika kasihnya tidak dibalas seperti diharapkan Bagaimana kalau kita jajarkan dengan yang satu ini : Kasih itu sabar, Kasih itu murah hati, Ia tidak cemburu, Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong, Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri, Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain, Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tapi kerana kebenaran, Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, Sabar menanggung segala sesuatu Ingatlah melepaskan seseorang pergi, bukan akhir dari dunia Melainkan awal sesuatu kehidupan baru Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis.. Mereka yang disakiti Mereka yang telah mencari Dan mereka yang telah mencuba Kerena merekalah yang boleh menghargai Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka Mahu mencari cinta yang murni dan jujur ? Ia adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya Ia adalah ketika dia tidak mempedulikan kita, kita masih menunggu dengan setia Ia adalah ketika dia mula mencintai orang lain, kita masih mampu tersenyum dan selamba berkata : saya turut berbahagia untukmu.. Apabila cinta tidak berhasil bebaskan diri kita Biarlah hati kita melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas sekali lagi Ingatlah kita boleh menemukan cinta dan kehilangannya Tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya Orang yang terkuat bukan mereka yang selalu menang Melainkan mereka yang tetap teguh ketika mereka jatuh Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupanmu Kamu belajar tentang dirimu sendiri Dan menyedari Bahawa penyesalan tidak seharusnya ada Hanya penghargaan abadi Diatas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat Teman yang sejati mengerti ketika kita berkata ; "aku terlupa" Menunggu selamanya ketika kita berkata ; "tunggu sebentar" Tetap tinggal ketika kita berkata ; "tinggalkan aku sendiri" Membuka pintu walaupun kita belum mengetuknya Dan berkata ; "engkau boleh masuk" Mencintai bukanlah sepertimana kita melupakan Melainkan bagaimana kita memaafkan Bukanlah bagaimana kita mendengarkan Melainkan bagaimana kita mengerti Bukanlah apa yang kita lihat Melainkan apa yang kita rasa Bukanlah bagaimana kita melepaskan Melainkan bagaimana kita bertahan Lebih berbahaya mencucurkan airmata dalam hati Dibandingkan menangis tersedu-sedu Air mata yang kelihatan dapat dihapuskan Sementara air mata yang tersembunyi, Mengoreskan luka yang tidak pernah hilang Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang Hanya kerana kita bebahagia Dapat mencintai seseorang Lebih dari kita mencintai diri sendiri Akan tika saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, Melainkan kerana kita menyedari Bahawa orang itu akan lebih bahagia, apabila kita melepaskannya Apabila kita benar-benar mencintai seseorang, Jangan lepaskan dia Jangan percaya bahawa melepaskan, selalu bererti kita benar-benar mencintainya Melainkan berjuanglah demi cinta itu Itulah cinta yang sejati Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan Daripada berjalan bersama orang yang tersedia Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai Daripada memaksa dengan yang ada disekeliling kita Lebih baik menunggu orang yang tepat Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang, Hanya dengan seseorang yang belum tentunya JODOH kita Kadangkala orang yang paling kita cintai Adalah orang yang menyakiti hati kita Dan kadangkala, teman yang membawa kita kedalam pelukannya Adalah hanya kerana oleh nafsunya sahaja, bukannya cinta!!! Ambilah peluang seketika, berfikir untuk tentukan pilihan kita Jangan hanya taksub kepada cinta, nanti hidup kita merana Kehidupan ini pendek, gunakanlah sebaik-baiknya Supaya kita tidak menyesal keakhir hayat Cinta itu memang buta tapi janganlah kita buta bercinta... |
Tuesday, May 12, 2009
Butakah Cinta....?
Posted by Frause at 5:06 PM
Labels: Coretan Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment